Restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken kerap menghasilkan gimik yang berasaskan teknologi untuk mempromosikan menu mereka. Sebelum ini kerangka telefon berbentuk ayam goreng dan konsol mini dari kotak ayam telah dilancarkan di India. Di Jepun mereka mula memberikan sarung tangan khas untuk mengelakkan kekotoran pada peranti semasa menikmati ayam goreng.
Sarung tangan plastik ini hanya menutup tiga jari. Apabila dipakai, ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah akan memegang ayam tanpa kekotoran. Dua lagi jari yang bebas dari sarung tangan boleh digunakan untuk menggunakan peranti. Tabiat makan sambil menggunakan peranti pintar ialah tabiat yang kami yakin dilakukan 99% pembaca Amanz. Dengan sarung tangan ini masalah skrin berminyak akan dapat diselesaikan.