ASUS Memperlihatkan 19 Buah Papan Induk Platform Z390 Untuk CPU Intel Coffee Lake-S

ASUS Memperlihatkan 19 Buah Papan Induk Platform Z390 Untuk CPU Intel Coffee Lake-S

Diterbitkan pada July 30, 2018 oleh .

CPU Intel Coffee Lake-S bakal dilancarkan tidak lama lagi, dan nampaknya pelbagai syarikat pembina komponen komputer sedang bersedia untuk kemaskini CPU generasi kesembilan tersebut. Diantaranya ialah ASUS, yang dilihat telah meniriskan sejumlah besar papan-papan induk untuk platform Z390.

Menurut laporan daripada VideoCardz, ASUS dikatakan telah memperlihatkan sebanyak 19 nama model papan induk siri Z390, dan sebahagian besar daripadanya hadir melalui siri Maximus XI dan The Ultimate Force. Diantara siri-siri lain yang akan hadir dengan papan induk Intel Z390 ini termasuklah ASUS STRIX dan juga ASUS PRIME.

Apa yang menarik di sini ialah kehadiran sebuah nama papan induk baru yang tidak dikenali sebelum ini: ASUS Z390 DRAGON. Kesemua nama-nama papan induk ini didapati melalui laman FAQ ASUS sebelum ia diturunkan.

Nama-nama model papan induk Z390 yang akan hadir di pasaran kelak termasuklah:

ASUS Maximus XI

  • ROG MAXIMUS XI APEX
  • ROG MAXIMUS XI CODE
  • ROG MAXIMUS XI EXTREME
  • ROG MAXIMUS XI FORMULA
  • ROG MAXIMUS XI HERO
  • ROG MAXIMUS XI HERO (WI-FI)

ASUS Z390 STRIX

  • ROG STRIX Z390-E GAMING
  • ROG STRIX Z390-F GAMING
  • ROG STRIX Z390-H GAMING
  • ROG STRIX Z390-I GAMING

ASUS Z390 PRIME

  • PRIME Z390-A
  • PRIME Z390M-PLUS
  • PRIME Z390-P

ASUS Z390 TUF

  • TUF Z390M-PRO GAMING
  • TUF Z390M-PRO GAMING (WI-FI)
  • TUF Z390-PLUS GAMING
  • TUF Z390-PLUS GAMING (WI-FI)
  • TUF Z390-PRO GAMING

ASUS Z390 Dragon

  • Z390-DRAGON

TIPS & ULASAN