Asus Malaysia hari ini secara rasminya telah mengumumkan penawaran telefon pintar terbaru Asus Zenfone 5z untuk pasaran tempatan yang hadir dengan cip Snapdragon 845 dan memori 6GB RAM. Ia membawakan harga jualan RM1899 di Malaysia, tetapi boleh didapati pada harga RM1699 pada 31 Julai.
Dari segi spesifikasi, Asus Zenfone 5z hadir dengan skrin 6.2-inci bertakuk, menawarkan storan 128GB, dwi-kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3300mAh.
Bagi anda yang berminat, boleh ke laman Lazada pada 31 Julai 2018 ini, dan mendapatkan telefon pintar berspesifikasi tinggi pada harga RM1699.