Carian
Samsung Mempertimbangkan Penyertaan Tri-Kamera Pada Galaxy A 2019
July 30, 2018 Aman

Samsung mempunyai penawaran telefon pintar berspesifikasi pertengahan dengan ciri-ciri premium, dinamakan Galaxy A. Kini, dengan trend peranti baru yang menyertakan tri-kamera pada bahagian belakang, laporan baru hadir hari ini mengatakan Samsung turut mempertimbangkan penyertaan tri-kamera pada keluarga peranti Galaxy A akan datang.

Melalui kajian dan pembangunan yang sedang dilakukan oleh Samsung, ia dikatakan ciri rakaman lensa luas untuk lensa kamera ketiga sedang diuji pada peranti siri-A. Disamping sokongan tri-kamera, ia dikatakan Samsung turut sedang menguji sokongan pengimbas cap jari pada skrin pada telefon pintar siri Galaxy A ini.

Menurut TheInvestor, siri Galaxy A akan menggunakan sokongan sensor berteknologi sedikit rendah berbanding penggunaan pada telefon siri Galaxy S10 – yang turut dijangka diperkenalkan pada awal tahun hadapan.

Menjadi kebiasaan untuk Samsung memperkenalkan telefon pintar siri Galaxy A pada awal tahun, dan mungkin kita melihat perkara sama dilakukan oleh Samsung pada 2019 kelak.

Komen