Perak Akan Memperkenalkan Kebolehan Membayar Parkir Menggunakan Aplikasi Pada 2019

Perak Akan Memperkenalkan Kebolehan Membayar Parkir Menggunakan Aplikasi Pada 2019

Diterbitkan pada July 30, 2018 oleh .

Beberapa pihak berkuasa tempatan telah mula mengimplementasi sokongan pembayaran tempat letak kenderaan menggunakan aplikasi mudah-alih – disamping perkhidmatan seperti JomParkir yang memudahkan proses berkenaan. Kini, selain daripada negeri Selangor yang menyasarkan penggunaan aplikasi khusus untuk bayaran tempat letak kenderaan, Perak turut dilihat akan melakukan perkara sama.

Langkah terbaru yang akan digunakan pada 15 pihak berkuasa tempatan di Perak ini adalah dalam usaha menyeragamkan kemudahan untuk membuat bayaran tempat letak kenderaan selain penggunaan kupon.

Dengan penggunaan aplikasi mudah-alih khusus ini juga ia akan memudahkan urusan pengguna untuk membuat pembayaran, menyemak baki masa, dan memudahkan beberapa perkara lain. Malah, populariti telefon pintar turut menambah peningkatan transaksi nirtunai dikalangan pengguna – sekaligus membuatkan pengguna lebih berminat membayar menggunakan aplikasi mudah-alih berbanding penggunaan kupon.

Kita mungkin melihat lebih banyak pihak berkuasa tempatan di negeri-negeri lain turut melakukan perkara sama menjelang 2019 kelak.


TIPS & ULASAN