Huawei Menjadualkan Acara Pada 31 Ogos – Pengenalan Kirin 980?

Huawei Menjadualkan Acara Pada 31 Ogos – Pengenalan Kirin 980?

Diterbitkan pada July 30, 2018 oleh .

Huawei kini telah mula menghantar jemputan khusus bersempena dengan IFA 2018 kelak yang bakal diadakan pada 31 Ogos 2018. Tiada sebarang petanda peranti baru yang diperlihatkan melalui gambar jemputan acara berkenaan, sekaligus memberikan petanda yang mana Huawei mungkin memperkenalkan cip Kirin terbaru, iaitu Kirin 980.

Kirin 980

Buat masa ini, info mengenai cip Kirin 980 sendiri masih samar-samar. Dengan kejayaan Kirin 970 pada tahun lepas yang hadir dengan unit pemprosesan neural (NPU), semestinya Huawei ingin membawa cip mereka selangkah lagi kehadapan melalui Kirin 980 ini.

Malah, pada masa yang sama, terdapat desas-desus mengatakan Huawei mungkin menyertakan sokongan GPU yang dibangunkan sendiri melalui Kirin 980 ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai cip terbaru daripada Huawei ini.


TIPS & ULASAN