Boost Kini Membolehkan Anda Membayar Parkir DBKL

Boost Kini Membolehkan Anda Membayar Parkir DBKL

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

Boost merupakan salah satu aplikasi berbentuk dompet digital yang mempromosikan gaya hidup nirtunai. Perkhidmatan berkenaan sebelum ini telah menambah kebolehan bukan sahaja membuat tambah-nilai, membayar bil, malah turut menawarkan kemudahan membayar di kedai fizikal dengan mengimbas kod QR.

Terkini, perkhidmatan berkenaan turut telah menambah sokongan untuk membuat bayaran tempat letak kenderaan melaluinya.

Boost Parking

Pengguna perkhidmatan Boost kini boleh menambah info kenderaan mereka pada aplikasi berkenaan, dan seterusnya memilih lokasi parkir dan membayar terus menggunakan aplikasi berkenaan.

Langkah ini sekaligus memudahkan pengguna melakukan pembayaran, selain tidak lagi perlu mencari duit syiling atau membeli token seperti sebelum-sebelum ini.

Boost Parkir

Buat masa ini, Boost hanya menawarkan sokongan untuk tempat letak kenderaan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sahaja. Kita mungkin melihat mereka memperluaskan sokongan lokasi untuk bayaran tempat letak kenderaan ini dalam bulan-bulan akan datang.

Muat-Turun Boost untuk Android

Muat-Turun Boost untuk iPhone


TIPS & ULASAN