Cari @ Amanz

OnePlus hari ini melalui forum rasmi mereka mengesahkan yang mana dua telefon pintar popular mereka, iaitu OnePlus 3 dan juga OnePlus 3T akan menerima kemaskini Android yang seterusnya, iaitu Android P.

OnePlus 3T

Disebabkan oleh langkah ini, OnePlus mengatakan mereka akan memfokuskan untuk menawarkan kemaskini Android P, sekaligus melangkaui dan tidak akan kemaskini Android 8.1. Langkah ini diambil oleh OnePlus dalam usaha menawarkan lebih banyak penambah-baikkan kepada pengguna peranti OnePlus 3 dan OnePlus 3T.

OnePlus mengatakan peranti OnePlus 6 akan menjadi terawal menerima kemaskini Android P, diikuti OnePlus 5/5T, dan akhir sekali adalah OnePlus 3/3T. Kita mungkin mendengar lanjut selepas pelancaran rasmi Android P kepada umum tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd