Carian
Lazada Hadir Dengan LazMall – Laman Khusus Untuk Jenama, Menjanjikan Barangan Tulen 100%
July 31, 2018 Aman

Lazada Malaysia boleh dikatakan berkembang pesat dari hari ke hari dalam arena e-dagang, sekaligus membuka platform mereka kepada sesiapa sahaja untuk menjadi penjual dan menawarkan produk mereka melalui platform Lazada.

Hal ini mungkin membuatkan sejumlah pengguna tidak begitu selesa, dan inginkan sebuah laman khusus untuk penawaran daripada kedai rasmi untuk sesuatu jenama. Kini, seumpama Alibaba menawarkan TMall di China, Lazada hari ini telah melancarkan LazMall untuk pengguna Malaysia.

Lazada LMall

LazMall menyenaraikan penawaran daripada sesuatu jenama sahaja, dan menjanjikan barangan yang ditawarkan adalah 100% tulen. Pada masa yang sama, mereka turut menjanjikan pulangan wang kembali dalam tempoh 15% dengan mudah untuk pembelian di LazMall.

Dengan pengenalan LazMall ini juga, kini Lazada menggunakan label LazMall untuk penyenaraian pada carian menggantikan penggunaan tag “Official Stores” sebelum ini.

LazMall Malaysia

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman LazMall hari ini, dan melihat sendiri penawaran yang disediakan oleh pelbagai jenama terkemuka di Lazada.

Komen