Panggilan Video Dan Suara Secara Berkumpulan Kini Boleh Digunakan Di WhatsApp

Panggilan Video Dan Suara Secara Berkumpulan Kini Boleh Digunakan Di WhatsApp

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

Mei lalu ketika acara F8, WhatsApp mengumumkan fungsi panggilan suara dan video secara berkumpulan. Menerusi fungsi ini, sebanyak empat orang pengguna boleh berbual serentak menerusi aplikasi WhatsApp. Fungsi ini akhirnya diaktifkan pagi ini.

WhatsApp Video Call

Untuk menggunakan fungsi ini pengguna hanya perlu memulakan satu panggilan suara atau video. Selepas dimulakan mereka boleh menambah anggota baru dengan menekan butang “add participant” pada bucu atas kanan skrin. Seperti perkhidmatan pemesejan mereka, kesemua panggilan suara dan video disulitkan bagi mengelakkan ia diintip. Fungsi ini boleh digunakan pada peranti Android dan iOS.


TIPS & ULASAN