Memesan makanan dari rumah ialah tabiat yang kami sendiri secara peribadi lakukan beberapa kali seminggu kerana terlalu penat untuk memandu ke restoran. McDonald’s sudah menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan sejak 2012 menerusi web sebelum memperkenalkan aplikasi pada tahun 2015. Perkhidmatan ini kini diperkembangkan untuk menawarkan penghantaran 24 jam sehari bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Menyedari permintaan penghantaran yang semakin meningkat, McDonald’s Malaysia bekerjasama dengan Foodpanda. Dengan kerjasama ini masalah kekurangan penunggang seperti yang berlaku sejak setahun lalu akan dapat diselesaikan. Perkhidmatan penghantaran 24 jam sehari ini akan ditawarkan di seluruh negara bergantung kepada restoran dan lokasi pelanggan. McDonald’s Malaysia kini mensasarkan 90% restoran mereka akan menawarkan penghantaran makanan menjelang 2025.