Seperti yang kami laporkan semalam, Oppo F9 akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos ini. Imej acah rasmi yang dikongsi di media sosial menunjukkan rekaan takuk skrin yang lebih kecil berbanding yang digunakan sebelum ini. Pagi ini rekaan hadapan untuk Oppo F9 Pro telah tertiris menunjukkan secara lebih terperinci rekaan takuk “titisan air” ini.
Takuk skrin yang kecil ini hanya mempunyai ruang untuk satu lensa kamera. Di atasnya terdapat alur kecil untuk gagang telinga yang sama seperti yang digunakan pada Find X. Tiada ruang untuk sensor jarak dan cahaya dapat dilihat. Bergerak ke belakang sistem dwi-kamera yang disusun mendatar dapat dilihat pada F9 Pro. Turut disahkan ia sokongan VOOC pada F9 Pro. Misteri tentang spesifikasi peranti akan terjawab dalam masa terdekat tetapi apakah pandangan pembaca tentang rekaan takuk yang kecil ini?