Xiaomi Mi A2 Akan Dijual Di Malaysia Bermula 3 Ogos Pada Harga Bermula Dari RM999

Xiaomi Mi A2 Akan Dijual Di Malaysia Bermula 3 Ogos Pada Harga Bermula Dari RM999

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

Xiaomi Mi A2 dilancarkan di Madrid minggu lalu dan seperti dijanjikan Malaysia adalah antara negara terawal ia akan dilancarkan. Bagi yang berminat untuk memilikinya, peranti dengan sistem operasi Android One ini akan mula dijual pada 3 Ogos. Dua model ditawarkan ialah 4GB/64GB pada harga RM999 dan 6GB/128GB pada harga RM1199.

Xiaomi Mi A2Pada 3 Ogos jualan eksklusif akan berlangsung di bilik pameran Xiaomi di KLCC. Jualan terbuka pula akan bermula pada 4 Ogos menerusi  kedai atas talian Xiaomi. Di Malaysia hanya tiga warna akan ditawarkan iaitu hitam. biru dan emas.

Xiaomi Mi A2 hadir dengan skrin 5.99-inci, dijana cip Snapdragon 660, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang 12MP + 20MP, selain kamera hadapan 20-megapixel. Ia menggunakan pengecas berasaskan USB-C, bateri berkapasiti 3000mAh, dan turut hadir dengan sokongan pencahayaan lembut untuk swafoto.

Peranti ini menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 tetapi Xiaomi hanya akan menyertakan pengecas 10W dengan setiap pembelian. Ini bermakna untuk pengecas pantas perlu dibeli secara berasingan.


TIPS & ULASAN