Logitech Mengambil-alih Pengeluar Mikrofon Yeti, Dan Snowball

Logitech Mengambil-alih Pengeluar Mikrofon Yeti, Dan Snowball

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

Logitech merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran pelbagai aksesori untuk komputer dan peranti mudah-alih. Mereka mempunyai sejumlah jenama popular dibawah mereka, termasuk Logitech G, Astro Gaming, Ultimate Ears dan juga Jaybird.

Logitech Blue

Hari ini, Logitech mengambil-alih sebuah lagi syarikat yang terkenal dengan penawaran audio dan mikrofon mereka, iaitu Blue Microphones. Logitech mengambil-alih Blue Microphones ini pada harga mencapai $117 juta.

Bagi yang tidak mengenali akan Blue Microphones, mereka terkenal dengan penawaran dibawah jenama Snowball dan juga Yeti.

Dengan pengambil-alihan ini, Logitech terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam penawaran pelbagai aksesori – termasuk audio, apatah lagi dengan era podcast yang semakin popular akhir-akhir ini.


TIPS & ULASAN