Carian
Mozilla Ingin Menjenamakan Semula Firefox
July 31, 2018 Fahim Zahar

Mozilla adalah syarikat yang membangunkan pelayar web Firefox. Pelayar web ini adalah alternatif terbaik selepas Google Chrome. Ia memfokuskan kepada privasi dan juga sekuriti serta tidak menggunakan RAM yang banyak. Terkini, pihak Mozilla ingin menjenamakan semula Firefox.

Oleh itu, Mozilla bertanyakan pendapat kepada umum – jika setuju akan penjenamaan ini. Menurut Mozilla, ia sudah sampai masa untuk mereka berubah, selepas banyak aplikasi dan perkhidmatan dilancarkan.

Terdapat empat aras perubahan rekaan ikon. Setiap aras itu adalah daripada ikon jenama utama, kemudian – pelayar web Firefox, Focus dan versi Nightly. Seterusnya adalah ikon-ikon dalam pelayar web itu sendiri dan ikon untuk aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan.

Selain daripada itu, Mozilla turut mengatakan penggunaan warna adalah penting. Seperti adakah warna ikon aplikasi A berkait atau ada makna di sebalik ikon B dan sebagainya. Tambahan lagi, Mozilla turut masih lagi dalam proses untuk penggunaan tipografi, corak grafik, pergerakan, nama, acara atau juga kerjasama dengan syarikat lain.

Komen