Cari @ Amanz

Dalam iklan Pixelbook terbaru, Google mengejek Mac dan Windows kerana dua sistem operasi ini mengandungi banyak masalah dengan mesej pop-up memberi amaran – sedangkan Chrome OS tiada.

Dari video ini, Google turut seolah cuba meyakinkan pengguna untuk berpindah dari Windows atau MacOS kepada Chrome OS. Walaupun Chrome OS bukannya satu OS yang sempurna dan zaman sekarang Windows dan MacOS masih lagi relevan dan agak sukar untuk terus bertukar kepada sistem operasi asas.

Jika anda tidak tahu, ini bukannya kali pertama Google mengejek Apple atau peranti lain – masa pelancaran Pixel 2 mereka mengejek penggunaan dwi-lensa, manakala masa Pixel 2016 – mereka mengejek Apple membuang bicu audio.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd