GPD Pocket 2 Ialah Komputer Riba Yang Boleh Dimasukkan Ke Dalam Poket

GPD Pocket 2 Ialah Komputer Riba Yang Boleh Dimasukkan Ke Dalam Poket

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

Telefon pintar mula menggantikan komputer riba sebagai “komputer” mudah alih oleh majoriti pengguna. Melakukan perbankan atas talian, membeli belah dan melayari web amat mudah dilakukan kerana saiz skrin telefon pintar yang semakin besar. Tetapi hakikatnya komputer riba masih mempunyai beberapa kelebihan yang tidak mampu ditandingi telefon pintar.

GPD Pocket 2 ialah komputer riba Windows 10 64bit  mini yang cukup kecil untuk dimasukkan ke dalam kocek seluar. Ia dilengkapi skrin sebesar 7-inci HD penuh, pemproses Intel Core M3-7Y30, cip grafik Intel HD Graphics 615, memori sehingga 8GB RAM dan storan sebesar 128GB SSD. Bateri sebesar 6800 mAh yang disertakan mampu memberikan operasi sehingga 8 jam.

Terdapat dua port USB-A,satu port USB-C, pembaca kad mikroSD dan bicu audio. Sebuah pad optikal menggantikan pad sesentuh standard. Komputer riba ini sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama. Ia boleh disokong pada harga bermula dari $529 (~RM 2147) sebuah.


TIPS & ULASAN