SK Hynix Akan Membina Kilang Baru Khusus Untuk Teknologi Masa Hadapan – Kos Dijangka Sekitar RM16 Bilion

SK Hynix Akan Membina Kilang Baru Khusus Untuk Teknologi Masa Hadapan – Kos Dijangka Sekitar RM16 Bilion

Diterbitkan pada July 31, 2018 oleh .

SK Hynix ialah salah sebuah syarikat pembina cip silikon yang bertanggungjawab untuk menyelidik dan mencipta cip-cip memori yang digunakan oleh pelbagai perkakasan dan peranti elektronik hari ini.

Syarikat tersebut dilihat sedang merancang untuk memperbesarkan kilang-kilang mereka di Icheon, Cheongju dan Wuxi untuk menampung permintaan cip memori yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Lebih menarik lagi ialah rancangan mereka untuk membina sebuah kilang fabrikasi baru di Icheon. Kilang sebesar 53,000 m² ini dikatakan akan menelan belanja sebanyak $3.5 bilion (RM16 bilion).

Buat masa ini, SK Hynix masih belum mengumumkan apakah rancangan mereka untuk kilang fabrikasi ini, tetapi ia berkemungkinan besar bahawa mereka akan menggunakannya untuk penyelidikan dan pembuatan cip memori menggunakan teknologi di masa hadapan.

Pembinaan kilang tersebut dijangka akan bermula pada penghujung 2018, dan akan lengkap menjelang 2020 kelak.


TIPS & ULASAN