Carian
LG Signature Edition 2018 Dilancarkan Pada Harga Mencecah RM7000
July 31, 2018 Effi Saharudin

Setiap tahun LG akan melancarkan peranti edisi terhad Signature Edition. LG Signature Edition 2018 telah dilancarkan di Korea Selatan semalam pada haram KRW 1,999,800 (~RM 7274) sebuah. Hanya 300 peranti edisi terhad ini akan dijual di Korea Selatan. Selain harga yang premium, panel belakang telefon pintar ini diperbuat daripada zinkonium yang kalis calar.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6″ OLED QHD+ HDR, dijana pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 256GB, kamera utama 16+16 Megapixel f/1.6+f/1.9, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 3300 mAh.

Ini ialah spesifikasi yang setanding dengan sebuah LG V35 ThinQ. Seperti LG V35, LG Signature Edition mempunyai kemampuan kalis air IP68. Terdapat juga sokongan audio DTS: X 3D stereo serta Hi Fi Quad Dac. Pembeli peranti ini akan menerima fon kepala Beoplay H9i percuma.

Komen