Carian
Xiaomi Mi Note 4 Bakal Hadir Dengan Panel Belakang Lutsinar Seperti Mi 8 Explorer Edition
July 31, 2018 Effi Saharudin

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition dilancarkan dengan panel belakang yang lutsinar menampakkan “komponen dalaman”. Ia hanyalah sekadar hiasan tetapi ia masih membuatkan peranti kelihatan unik. Rekaan panel belakang lutsinar ini nampaknya akan turut digunakan pada Mi Note 4.

Peranti ini telahpun memasuki laman pensijilan TENAA di China dengan rekaan panel belakang yang sama. Tiada maklumat rasmi mengenai spesifikasi disenaraikan tetapi ia mungkin mempunyai skrin 5.99-inci bertakuk, dijana pemproses Snapdragon 835, memori sehingga 6GB RAM dan storan 64GB. Tiada pengimbas cap jari dapat dilihat pada imej yang tertiris.

Ini adalah peningkatan berbanding Mi Note 3 yang dilengkapi skrin 5.5″ FHD, pemproses Snapdragon 660 tetapi dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian dagu.

Komen