Carian
Honor Note 10 Kini Rasmi – Hadir Dengan Skrin 6.95-inci, Bateri 5000mAh, Kirin 970
July 31, 2018 Aman

Selepas hadir dengan beberapa gambar acah sebelum ini, hari ini Honor secara rasminya memperkenalkan Honor Note 10 di China. Peranti ini menawarkan skrin dan bateri besar, dan turut menawarkan spesifikasi terkini bersama dengannya.

Honor Note 10

Honor Note 10 dilengkapi skrin 6.95-inci pada resolusi 1080×2220 pixel, menggunakan panel AMOLED, dan turut menyokong piawaian HDR10. Menjananya juga adalah cip Kirin 970, memori sehingga 8GB RAM, dan storan mencapai 128GB.

Telefon pintar ini dilengkapi dwi-kamera belakang gabungan 24MP + 16MP, selain kamera hadapan 13-megapixel.

Honor Note 10

Honor Note 10 hadir dengan sokongan GPU Turbo, dan pada masa yang sama turut menyertakan sokongan CPU Turbo untuk kuasa pemprosesan lebih tinggi. Sebuah butang khusus disediakan untuk menawarkan kuasa tambahan ini dinamakan mod Double Turbo. Ketika membuka aplikasi kamera pula, butang Double Turbo ini berfungsi sebagai butang untuk merakamkan gambar.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja, dan berharga bermula CNY2799 di sana, iaitu sekitar RM1664.

Komen