Lagu Spotify Kini Boleh Digunakan Sebagai Penggera Pada Google Clock

Lagu Spotify Kini Boleh Digunakan Sebagai Penggera Pada Google Clock

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018 oleh .

Soalan ikhlas kami tujukan kepada pembaca Amanz pagi ini? Apakah nada penggera yang digunakan pada aplikasi jam anda? Pada kebanyakan peranti, audio penggera yang diberikan adalah terhad dan membosankan. Sekiranya anda mahu bangkit dari tidur dengan lagu kegemaran anda mungkin boleh berubah kepada Google Clock.

Google Clock kini menyokong muzik dari Spotify sebagai penggera. Muzik dari senarai lagu Spotify atau lagu kegemaran peribadi. Fungsi ini menyokong kedua-dua pengguna Spotify Premium dan percuma. Menurut Google sokongan Spotify ini akan diberikan secara berperingkat minggu ini dan memerlukan peranti sekurang-kurangnya menggunakan Android 5.0. Apabila diterima pada peranti kami kelak, lagu Peristiwa Subuh oleh Raihan akan digunakan sebagai penggera. Apa pula pilihan anda?


TIPS & ULASAN