Televisyen 4K HDR Sony MASTER Series Mempunyai Mod Khas Untuk Penstriman Netflix
Artikel Berkaitan

Televisyen 4K HDR Sony MASTER Series Mempunyai Mod Khas Untuk Penstriman Netflix

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018 oleh .

Televisyen di ruang tamu kini semakin besar dan menyokong resolusi sehingga 4K UHD. Tabiat pengguna juga telah banyak berubah dengan penstriman kandungan dari internet lebih popular daripada menonton saluran TV. Sony telah melancarkan dua televisyen pinyar baru mereka pagi ini yang mempunyai mod khas untuk menstrim kandungan Netflix.

Dua model yang dilancarkan ialah Sony MASTER Series A9F dengan skrin OLED dan Sony MASTER Series Z9F dengan skrin LED. Kedua-duanya menyokong resolusi 4K HDR dengan sistem pembesar suara terbina dalam skrin Acoustic Surface Audio+. Pembesar suara kini dilengkapi dua subwoofer untuk sokongan audio 3.2.

Menerusi mod Netflix Calibrated Mode pula, Sony bekerjasama dengan Netflix bagi memastikan kandungan yang ditonton menyamai warna asal ketika kandungan dihasilkan. Cip X1 Ultimate yang digunakan memastikan paparan warna adalah hidup dan menyerlah.

Seperti televisyen pintar Sony sebelum ini, A9F dan Z9F menggunakan sistem operasi Android TV serta menyokong pembantu maya Google Assistant dan Amazon Alexa. A9F akan ditawarkan dengan saiz 65 dan 55 inci. Z9F pula ditawarkan dengan saiz 75 dan 65 inci. Televisyen pintar ini akan dijual sekitar bulan September tetapi harga masih belum diumumkan.


TIPS & ULASAN