Pelbagai pihak kini melihat kepada arena dompet digital dalam mempromosikan transaksi nirtunai. Terkini, AmBank, salah satu bank tempatan turut mengumumkan mereka turut ingin hadir dengan penawaran dompet digital tersendiri.
AmBank menyasarkan pengenalan penawaran dompet digital mereka ini seawal bulan hadapan. Ia dilaporkan yang mana AmBank bakal bekerjasama dengan salah satu syarikat telekomunikasi tempatan untuk platform dompet digital mereka ini.
Siapakah syarikat telekomunikasi berkenaan masih tidak diketahui lagi. Namun, menurut pihak AmBank, kelak dompet digital berkenaan akan membolehkan pelanggan syarikat telekomunikasi berkenaan untuk membuat pembayaran di lebih 50,000 pekedai sedia ada melalui dompet digital berkaitan.
Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran dompet digital daripada AmBank ini tidak lama lagi.