Cari @ Amanz

Secara purata insan yang menggunakan internet dengan kerap mempunyai tujuh akaun di atas talian. Di dalam dunia yang sempurna, setiap akaun ini akan menggunakan kata laluan yang berbeza tetapi hakikatnya ini agak menyusahkan. Oleh itu cara yang lebih mudah perlu digunakan bagi mempercepatkan proses log masuk dan pengenalan diri atas talian.

Microsoft Edge kini menyokong log masuk dan pengenalan identiti menggunakan sistem biometri. Imbasan wajah, cap jari, pin dan peranti FIDO2. Integrasi Windows Hello misalnya membolehkan pembelian menggunakan kad kredit disahkan dengan semudah imbasan wajah. Sokongan imbasan biometri ini berlaku selepas W3C dan FIDO Alliance mengumumkan standard baru WebAuthn pada April yang lalu. Ini menjadikan Edge pelayar kedua selepas Firefox yang menyokongnya.

Walaubagaimanapun sokongan imbasan biometri ini hanya boleh dicuba oleh pengguna Windows 10 Insider Preview Build 17723 sahaja buat masa ini. Tetapi ini selangkah lagi kepada dunia tanpa cap kata laluan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd