Carian
Empat Watak Frozen Kini Boleh Digunakan Sebagai AR Emoji Pada Samsung Galaxy S9
August 1, 2018 Effi Saharudin

Menerusi aplikasi AR Emoji, pengguna Samsung Galaxy S9 dan S9+ boleh menggantikan wajah mereka dengan watak-watak animasi popular Disney. Sebelum ini watak Mickey, Minnie Mouse , Donald Duck dan The Incredibles diberikan kepada pengguna.  Menerusi kemaskini yang diberikan semalam, empat lagi watak baru dari filem Frozen kini boleh digunakan.

Empat watak dari filem Frozen yang diberikan ialah Anna, Elsa, Olaf dan Kristoff boleh dimuat turun menerusi Galaxy Apps. Ini membawakan jumlah watak yang digunakan kepada lima belas kesemuanya. Pemberian watak Frozen ini sedikit mengejutkan kerana semasa watak Incredibles diberikan Mei lalu, Samsung mengatakan watak animasi Brave akan muncul seterusnya dan bukannya Frozen.

Komen