Jualan iPhone Dan iPad Meningkat Tetapi Mac Berkurangan Pada Suku Ketiga 2018

Jualan iPhone Dan iPad Meningkat Tetapi Mac Berkurangan Pada Suku Ketiga 2018

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018 oleh .

Identiti Apple sebagai syarikat pengeluar komputer peribadi semakin ketara sejak tumpuan diberikan kepada iPhone yang menjana lebih banyak keuntungan. Menurut laporan kewangan Apple untuk suku ketiga 2018, keputusan Cupertino untuk menumpukan kepada jualan telefon pintar dan tablet membuahkan hasil kerana berjaya mencatatkan peningkatan jualan.

Pada suku ketiga 2018, sebanyak 41.3 juta iPhone terjual berbanding 41 juta pada suku yang sama tahun lalu. Sebanyak 11.55 juta iPad pula terjual berbanding 11.42 juta. Nasib Mac tidak sebaik iPhone dan iPad kerana hanya 3.72 juta terjual pada suku ketiga 2018 berbanding 4.29 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Apple mencatatkan jualanĀ  $53.3 billion dengan keuntungan $11.5 billion. iPhone menyumbang 56% kepada nilai jualan diikuti oleh perkhidmatan (18%), Mac (10%), iPad (9%) dan lain-lain (7%). Keuntungan yang disumbangkan oleh perkhidmatan meningkat 31% berbanding suku yang sama tahun lalu. Untuk menjana keuntungan berterusan, iPhone dan perkhidmatan pastinya akan diberikan tumpuan yang lebih oleh Apple selepas ini.


TIPS & ULASAN