Hasil Carian Google Kini Boleh Memaparkan Data Dalam Bentuk Jadual

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Search adalah enjin carian terbesar dunia. Semakin hari ia semakin pintar memaparkan maklumat paling relevan kepada dicari pengguna. Terkini, jika pengguna melakukan carian mengenai jualan Huawei dan Apple misalnya, Google akan memaparkan data dalam bentuk jadual.

 

Untuk paparan berjadual ini, Google bekerjasama dengan 30 penulis data terbaik dunia. Walau bagaimanapun laman web perlu menyertakan sokongan dataset pada kod HTML bagi memudahkan Google mencari data yang relevan sebelum memaparkannya dalam enjin carian.

Apa yang dilakukan oleh Google ini adalah kesinambungan kepada sistem paparan lirik lagu yang disusun mengikut baris yang betul pada laman carian.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami