Firmware Huawei Mate 20 Tertiris – Memperlihatkan Janaan Cip Kirin 980 Dan Menyokong Pengecasan Nirwayar

Firmware Huawei Mate 20 Tertiris – Memperlihatkan Janaan Cip Kirin 980 Dan Menyokong Pengecasan Nirwayar

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018 oleh .

Semalam, gambar yang dikatakan adalah Huawei Mate 20 Pro tertiris. Ia memperlihatkan sebuah phablet dengan rekaan nirbingkai. Kini, firmware peranti ini telah tertiris dan beberapa spesifikasi serta fungsi menarik turut diperlihatkan. Sumber ini diperoleh oleh FunkyHuawei – iaitu individu yang bertanggungjawab dalam hal modifikasi peranti EMUI serta turut menyediakan cara kembali ke mod asal.

Huawei Mate 20 akan dijana dengan Kirin 980 dengan binaan cip 7nm. Ia dikatakan adalah 20% lebih berkuasa dan 40% lebih efisyen berbanding Kirin 970. Mate 20 turut dikuasakan dengan bateri sebesar 4200mAh dan ia turut menyokong pengecasan nirwayar.

Skrin peranti ini pula adalah 6.3-inci AMOLED. Kehadiran takuk atau ketiadaan bicu audio 3.5mm masih menjadi tanda tanya. Tetapi gambar yang dikatakan Mate 20 Pro dilihat seperti tiada takuk. Variasi yang ditemui setakat ini adalah 6GB RAM dan 128GB storan – variasi lain seperti 8GB RAM atau 256GB storan masih tidak pasti.

Lebih menarik, Mate 20 Pro adalah siri Mate kedua dengan pengimbas cap jari terbina – selepas Mate RS. Selain itu, ia turut akan menjalankan EMUI 9 berdasarkan Android P.


TIPS & ULASAN