Xiaomi Melancarkan Townew – Sebuah Tong Sampah Pintar

Xiaomi Melancarkan Townew – Sebuah Tong Sampah Pintar

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018 oleh .

Xiaomi turut terkenal dengan menghasilkan pelbagai gajet pintar yang boleh digunakan di rumah atau pejabat. Terbaru adalah, Townew – iaitu sebuah tong sampah pintar.

Tong sampah ini mempunyai sensor yang boleh mengesan tangan manusia pada jarak 0-35 cm – dan penutup akan terbuka secara automatik. Selain itu, tong ini turut boleh “mengikat” plastik jika ia mengesan sampah sudah penuh. Lebih menarik, plastik baru turut akan diganti secara automatik. Saiz tong ini adalah 15.5L, dengan dimensi ketinggian 40cm dan berat hanya 3.5KG.

Seperti biasa, gajet-gajet pintar Xiaomi seperti ini dijual melalui laman biayasama Youpin. Ia dijual pada CNY199 (~RM118) sahaja.


TIPS & ULASAN