HTC U12+ Menerima Kemaskini Auto-Zoom Dan Penambahbaikan Pada Edge Sense 2.0
HTC

HTC U12+ Menerima Kemaskini Auto-Zoom Dan Penambahbaikan Pada Edge Sense 2.0

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018 oleh .

HTC U12+ adalah peranti mercu pertama kedua yang menggunakan panel belakang lutsinar selepas HTC U11+. Kini, peranti ini menerima kemaskini baru buat kamera dan juga penambahbaikan terhadap Edge Sense 2.0.

Pada kamera, HTC menambah fungsi auto-zoom. Ia adalah fungsi yang berbeza dengan Sonic Zoom. Fungsi ini membenarkan pengguna melaras zoom dengan mudah melalui titik berwarna kelabu. Manakala, untuk Edge Sense 2.0 – iaitu fungsi memicit peranti, ia kini lebih responsif, lebih selari apabila ditekan dan fungsi double-tap juga dikatakan adalah lebih tepat. Selain itu, HTC turut membawakan kemaskini tampalan sekuriti bulan Jun.

Pada mulanya, kemaskini ini hanya terdapat untuk pengguna di Taiwan – kemudia pengguna di pengguna di Utara Amerika turut menerima kemaskini ini. Jika anda masih tidak menerima kemaskini ini, ia mungkin akan hadir dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN