YouTube Sedang Menguji Fungsi Gesture Pada Aplikasi Android

YouTube Sedang Menguji Fungsi Gesture Pada Aplikasi Android

Diterbitkan pada Ogos 1, 2018 oleh .

YouTube kini dilihat kerap megemaskini aplikasi mereka. Sebelum ini adalah tema gelap, kemudian video yang dimuat naik akan mengikut nisbah video tersebut. Terbaru, seorang pengguna menemui fungsi gesture.

Dilaporkan oleh 9to5Google, fungsi gesture ini menggantikan butang next pada pemain YouTube. Ia membenarkan pengguna melangkau ke video seterusnya dengan satu tatalan yang mudah.

Saya cuba tetapi masih belum terima fungsi ini walaupun sudah kemaskini pada versi terkini. Ini mugkin adalah kemaskini pada bahagian server. Dengan trend peranti skrin memanjang – kawalan gesture kini lebih mudah berbanding dengan butang navigasi. YouTube kini turut mengikut trend ini.


TIPS & ULASAN