Turing bukan suatu nama yang asing. Sebelum ini, mereka telah merancang untuk hadir dengan sebuah telefon pintar, namun ia dilihat sedikit gagal dan mereka telah memfailkan notis muflis pada awal tahun ini.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam syarikat, namun Turing tidak mengalah, dan kini dilihat telah pun hadir dengan perancangan untuk telefon pintar akan datang mereka, dinamakan Turing HubblePhone.
HubblePhone ini dilihat membawa rekaan skrin menyeluruh yang mana mereka namakannya sebagai skrin multi-dimensi. Rekaan kerangkanya dilihat dilengkapi skrin, selain bahagian telefon. Pengguna juga turut boleh memusingkan skrinnya ke beberapa sudut berbeza, termasuk menggunakannya seumpama perakam video seumpama yang dilakukan Nokia N90 sebelum ini dengan membuatkan skrin bersudut 90-darjah ketika merakam video.
HubblePhone ini turut dirancang untuk membawa pelbagai spesifikasi terkini – termasuk cip Snapdragon 855 yang belum diumumkan, dilengkapi kamera 60-megapixel untuk rakaman video dan gambar yang diposisikan pada bahagian silinder, selain dilengkapi kamera 12-megapixel pada kedua-dua panel skrin. Mereka juga menjanjikan sokongan rangkaian 5G bersama dengan telefon pintar ini.
Turing Hubblephone ini disasarkan untuk pelancaran pada 2020 kelak, pada harga mencapai $2,749 (~sekitar RM11,174).
Apa pun, dengan keadaan syarikat dan perjalanan Turing sebelum ini, ia mungkin untuk melihat peranti ini direalisasikan. Apatah lagi dengan tempoh dua tahun yang mungkin memperlihatkan pelbagai teknologi berubah.