Microsoft Surface Go Kini Boleh Dipra-Tempah Pada Harga Bermula RM1749

Microsoft Surface Go Kini Boleh Dipra-Tempah Pada Harga Bermula RM1749

Diterbitkan pada Ogos 2, 2018 oleh .

Microsoft Surface Go merupakan tablet-komputer terbaru daripada Microsoft. Ia hadir dengan spesifikasi asas, dan dilengkapi skrin bersaiz 10-inci. Melalui Surface Go, Microsoft dilihat ingin bersaing dengan pasaran iPad Pro, dan pada masa yang sama memberikan alternatif kepada pengguna yang meminati peranti berasaskan sistem operasi Windows.
Microsoft Malaysia menawarkan dua variasi Surface Go untuk pasaran tempatan. Variasi pertama hadir dengan cip Intel Pentium Gold 4415Y, dijana memori 4GB RAM, dan dilengkapi storan berasaskan eMMC bersaiz 64GB. Model ini ditawarkan pada harga RM1749 di Malaysia.

Variasi kedua pula turut hadir menggunakan cip pemprosesan sama, tetapi dilengkapi memori 8GB RAM dan storan bersaiz 128GB SSD. Model ini ditawarkan pada harga RM2399 di Malaysia.

Kedua-duanya membawakan skrin bersaiz 10-inci pada resolusi 1800×1200 pixel dan dilengkapi sokongan input berasaskan stylus melalui Surface Pen. Seperti biasa, Surface Pen ini perlu dibeli secara berasingan pada harga RM281.

Bersama-sama penawaran ini juga, Microsot turut menawarkan papan kekunci Surface Go Type Cover pada harga RM399, selain tetikus khusus pada harga RM178.

Kesemua produk Surface Go ini boleh dipra-tempah melalui kedai atas-talian rasmi Microsoft di Lazada hari ini.

Pra-Tempah : Surface Go 4GB/64GB eMMC RM1749

Pra-Tempah : Surface Go 8GB/128GB SSD RM2399

Pra-Tempah : Aksesori Surface Go


TIPS & ULASAN