Qualcomm masih belum memperkenalkan cip pemprosesan Snapdragon 855 secara rasminya sehingga kini, tetapi beberapa pengeluar peranti telah bercakap mengenainya. Terbaru, ia dilihat Timbalan President Lenovo mengatakan Lenovo bakal menjadi yang terawal memperkenalkan telefon pintar 5G.
Perkongsian yang telah dipadam berkenaan mengatakan peranti berkenaan bakal dijana cip pemprosesan terbaru Qualcomm, iaitu Snapdragon 855.
Pelbagai pengeluar peranti kini berlumba untuk hadir dengan produk yang menyokong rangkaian 5G – selain syarikat telekomunikasi yang dalam persiapan memperkenalkan sokongan berkenaan kepada umum.
Lenovo diperkatakan mungkin memperkenalkan telefon pintar 5G mereka dibawah jenama Motorola.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Lenovo akan memperkenalkannya. Selain Lenovo, pihak Samsung dan Huawei juga turut dalam perlumbaan untuk memperkenalkan telefon pintar dengan sokongan 5G masing-masing.