Cari @ Amanz

Masalah ketagihan peranti pintar ialah fenomena baru yang dipandang serius. Terdapat laporan pelajar ponteng sekolah kerana tidak mampu bangkit di waktu pagi akibat bermain permua sepanjang malam. Di Perancis penggunaan tablet dan telefon pintar di kawasan sekolah kini diharamkan secara menyeluruh.

Kanak KanakPengharaman ini adalah memenuhi manifesto parti Presiden Emmanuel Macron tahun lalu. Ia mula dibincangkan sejak Disember 2017 dan akan mula berkuatkuasa pada permulaan sesi persekolahan 2018/2019 September ini. Kerajaan Perancis mengambil langkah drastik ini bagi mengelakkan masalah ketagihan penggunaan peranti pintar dan kesihatan mental menjadi lebih serius. Pelajar sekolah yang berusia sehingga 15 tahun kini tidak boleh menggunakan peranti di dalam atau di luar kelas.

Pengharaman penggunaan peranti terhad hanya di dalam kelas sejak 2010. Sekolah diberikan kebebasan untuk melakukan pengharaman secara menyeluruh atau kelonggaran membenarkan penggunaan pada waktu tertentu sahaja. Di Perancis dianggarkan sembilan dari setiap sepuluh pelajar sekolah berusia 12-17 tahun mempunyai akses kepada satu telefon pintar.

Di Malaysia pula kerajaan sedang mempertimbangkan semula pengguna peranti pintar peranti elektronik dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) di sekolah seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd