Gambar Tiga Peranti Pengolokan Untuk iPhone 2018 Tertiris

Gambar Tiga Peranti Pengolokan Untuk iPhone 2018 Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 2, 2018 oleh .

Pelancaran model terbaru iPhone amat dinantikan saban tahun kerana ramai mahu melihat apakah inovasi yang bakal diperkenalkan oleh Apple. Umum diketahui tahun ini tiga model akan dilancarkan dengan salah satu daripadanya menggunakan skrin LCD. Tiga peranti pengolokan (dummy) untuk iPhone 2018 telah tertiris menerusi akaun @VenyaGeskin1 dan menunjukkan rekaannya dengan lebih ketara.

Dua model dengan skrin oleh sebesar 5.8″ dan 6.5″ dilihat mengekalkan rekaan yang sama seperti iPhone X tahun lalu. Sistem dwi-kamera belakang dan panel kaca dapat dilihat dengan jelas. Model 6.1″ LCD nampaknya hanya akan menggunakan satu kamera pada bahagian belakang. Menurut laporan bezel pada model ini sedikit lebih tebal tetapi ini tidak dapat dilihat pada model pengolokan di atas. Akhir sekali ketiga-tiganya menggunakan sistem Face ID yang diletakkan pada takuk skrin dan tiada lagi pengimbas Touch ID.


TIPS & ULASAN