Cari @ Amanz

Minggu lepas, kami laporkan di mana Macotakara mengatakan iPad Pro 2018 tidak akan mempunyai bicu audio 3.5mm dan juga ia akan menggunakan rekaan bingkai nipis. Terkini, dalam firmware iOS 12 Beta 5 – iPad Pro 2018 ini disahkan tidak bertakuk serta menggunakan rekaan bingkai nipis.

Perkara ini disahkan apabila ikon dalam firmware iOS 12 Beta 5 menunjukkan rekaan iPad tersebut. Selain itu ia turut tidak mempunyai fungsi TouchID – kerana ikon tersebut tidak menunjukkan perkara sedemikian. Menjadi persoalan adalah – jika tiada takuk dan tiada TouchID, bagaimana Apple akan mengintegrasi sistem sekuriti? Ini kerana teknologi True Depth pada iPhone X memerlukan takuk untuk meletakkan sensor-sensor 3D bagi mengimbas wajah untuk nyahkunci.

Berkemungkinan besar, bingkai iPad Pro 2018 ini adalah tidak terlalu nipis seperti yang diperlihatkan dalam rekaan konsep. Mungkin jurutera Apple boleh memuatkan sensor di kawasan kamera swafoto. Jadi, adakah Apple akan memulakan trend baru dengan menggunakan “dahi” lebar selain daripada takuk?

Sama-sama kita nantikan pelancaran iPad Pro 2018 akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd