Saat indah seorang anak pasti berharga untuk sepasang suami dan isteri. Dari perkataan pertama, saat pertama berjalan atau juga saat mulanya mereka pandai mengayuh basikal. Untuk itu, Sennheiser melancarkan “Memory Mic” – sebuah mikrofon luaran untuk merakam audio.
“Memory Mic” memerlukan ibu bapa tambatkan kepada telefon pintar melalui aplikasi Sennheiser Memory Mic. Rakam visual melalui telefon pintar dan segala audio akan dirakam oleh Memory Mic ini. Sekali gus, dengan mikrofon ini – ia memberi hasil audio yang bersih dan berkualiti tinggi.
Mikrofon ini diperbuat daripada plastik dan juga bersaiz agak besar. Tetapi, ia mempunyai magnet untuk disambung pada baju anak-anak atau letak pada permukaan yang lain. Ia menggunakan USB-C untuk pengecasan dan mengambil masa lebih kurang satu jam cas untuk empat jam penggunaan.
Idea merakam memori dari Sennheiser adalah berbeza dengan Google Clips. Google Clips merakam visual dalam bentuk video pendek dan GIF menggunakan kecerdasan buatan. Manakala, Memory Mic member hasil audio yang baik dengan teknologi ambient noise.
Ia dijual pada harga $200 (~RM815) sahaja.