Samsung Galaxy Tab A 10.5 Dilancarkan Untuk Kegunaan Kanak-Kanak

Samsung Galaxy Tab A 10.5 Dilancarkan Untuk Kegunaan Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Ogos 2, 2018 oleh .

Semalam tablet Samsung Galaxy Tab S4 dilancarkan sebagai pesaing kepada iPad Pro. Ia mempunyai spesifikasi yang tinggi dan keunikan berubah menjadi sebuah komputer riba dengan sokongan antaramuka DeX. Pada waktu yang sama tablet Samsung Galaxy Tab A 10.5 turut dilancarkan untuk kegunaan kanak-kanak.

Ia mengekalkan skrin 10.5-inci tetapi menggunakan hanya panel TFT LCD dan resolusi lebih rendah 1,920 x 1,200pixel. Pemproses Snapdragon 450 dipadankan dengan memori sebesar 3GB RAM, storan 32GB, kamera utama 8-Megapixel, kamera swafoto 5-Megapixel dan bateri sebesar 7300 mAh.

Seperti Tab S4, Tab A 10.5 turut dilengkapi empat pembesar suara dengan sokongan Dolby ATMOS. Perbezaan lain ialah tiada sokongan stylus S-Pen dan mod DeX. Tetapi wujud sokongan untuk Kids Mode bagi memudahkan ibu bapa memantau waktu penggunaan serta akses aplikasi anak-anak. Di Eropah tablet ini dijual pada harga bermula dari €330 (~RM 1566) sebuah.


TIPS & ULASAN