Permainan Klasik ATARI Akan Hadir Ke Sistem Kereta Tesla Melalui Kemaskini
Artikel Berkaitan

Permainan Klasik ATARI Akan Hadir Ke Sistem Kereta Tesla Melalui Kemaskini

Diterbitkan pada Ogos 2, 2018 oleh .

Tesla adalah syarikat yang menghasilkan kereta pintar seperti Tesla Model 3. Keseluruhan sistem kereta ini di kawal pada satu tablet. Ia turut mempunyai sokongan swapandu. Terkini, melalui kicauan Elon Musk – iaitu pemilik Tesla, sistem kereta ini akan mempunyai permainan klasik ATARI melalui satu kemaskini.

Menurut Elon Musk, permainan klasik ini akan hadir melalui easter egg. Ia boleh dimainkan pada tablet Tesla Model S, Model X dan juga Model 3. Untuk mengelak sebarang kemalangan, berkemungkinan besar permainan ini hanya boleh dimainkan jika kereta berada dalam mod parkir.

Ia akan hadir dalam masa empat minggu lagi.


TIPS & ULASAN