Xiaomi Melancarkan QIN – Telefon Bimbit Dengan Pembantu Maya Xiao AI Terbina
Fahim Zahar
Pasaran telefon bimbit dilihat semakin hambar apabila telefon pintar kelas permulaan mula ditawarkan pada harga yang hampir sama. Xiaomi dilihat ingin mengubah perkara ini dengan melancarkan QIN – sebuah telefon bimbit dengan pembantu maya Xiao AI terbina.

QIN bukan sahaja telefon bimbit biasa – ia turut mempunyai sensor IR berfungsi sebagai alat kawalan jauh. Selain itu, ia mempunyai skrin 2,8-inci panel IPS, menggunakan rekaan yang nipis, pembesar suara 3D, slot SIM hibrid, Bluetooth 4.2, WiFi dan bateri sebesar 1480mAh yang dicas port USB-C.

Telefon bimbit ini ditawarkan salam dua variasi, 2G dan 4G. Untuk variasi 2G, ia dijana dengan cip MT6260A-ARM7, memori 8MB RAM, 16MB storan dan menjalankan sistem operasi Nucleus. Manakala, versi 4G dijana dengan SC9820E-A53, memori 256MB RAM, 512MB storan dan menjalankan sistem operasi MOCOR5.
QIN ditawarkan dalam dua warna, hitam dan putih. Ia dijual pada harga RMB299 (~RM179) untuk model 4G dan RMB199 (~RM119) untuk model 2G. Xiaomi dilihat hanya menjual QIN untuk pasaran China sahaja.