Cari @ Amanz

RED Hydrogen One diumumkan tahun lalu sebagai telefon pintar yang direka untuk kegunaan fotografi serta videografi profesional. Ia bakal menyokong paparan hologram serta modul yang membolehkan lensa kamera RED digunakan pada sebuah telefon pintar. Ia pada asalnya mensasarkan jualan pada suku pertama 2018 tetapi ditangguh ke bulan ini. Hari ini rekaan akhir Hydrogen One tertiris selepas ia melepasi laman FCC.

Perubahan paling ketara yang dapat dilihat ialah penggunaan catur kamera pada bahagian hadapan peranti. Sebelum ini hanya dua kamera dapat dilihat. Dua pembesar suara masih terletak di bahagian dagu serta penggunaan skrin bernisbah 16:9. Sisi peranti bergerigi bagi memberikan genggaman yang teguh. Pada bahagian belakang terdapat sistem dwi-kamera yang sama seperti yang dilihat sebelum ini. Dengan pelepasan di laman FCC, ini bermakna Hydrogen One akan dilancarkan dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd