Cari @ Amanz

Bila bercakap mengenai Twitch, perkara pertama yang muncul dari kepala ialah ia sebuah platform penstriman permainan video yang popular. Kandungan boleh ditonton secara percuma dan penonton boleh memberikan wang kepada penstriman kegemaran. Twitch pada bulan ini mula menawarkan penstriman siri drama Korea.

Penstriman adalah dalam format maraton siri yang bersambung tanpa henti. Antara siri yang boleh ditonton percuma ialah My Sassy Girl, Boys Over Flower, Goblins dan The Heirs. Tayangan maraton k-drama ini akan berlangsung sehingga 25 Ogos tanpa henti. Tetapi ia hanya boleh ditonton oleh pengguna di Amerika Syarikat, Kanada dan Amerika Latin. Bagi pengguna di Malaysia ia boleh distrim sekiranya anda menggunakan VPN

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd