Cari @ Amanz

Mac adalah siri komputer dan komputer riba Apple yang menjalankan macOS. Tetapi, disebabkan beberapa pengguna menggunakan Mac untuk tujuan pembangunan – Apple membangunkan Windows Boot Camp untuk boot Windows ke Mac dengan mudah.

Tetapi, Windows Boot Camp mempunyai beberapa isu seperti ketiadaan DirecX11 dan juga masalah audio. Selain itu, ia mengambil masa yang lama untuk boot serta menggunakan storan yang banyak. Oleh itu, SuperSpeedBlazer dilancarkan. Sebuah pemacu USB 3.1 yang mengandungi bootable Windows 10 dengan DirectX11 terpasang dan hanya mengambil masa 10 saat untuk boot.

Menurut pembangun pemacu ini, pepijat-pepijat Windows melalui Windows Boot Camp – turut hadir. Bezanya adalah, ia mempunyai DirextX11, menggunakan storan tersendiri dan juga mengambil masa yang pantas.

Pemacu USB ini adalah jenis plug-and-play dan pengguna Mac tidak perlu melakukan sebarang tetapan yang sukar. Walau bagaimanapun, kandungan Windows 10 ini tiada lesen serta tiada jaminan kemaskini Windows akan diterima.

Pemacu USB ini hadir dengan dua jenis iaitu USB-A dan juga USB-C. Variasi yang ditawarkan pula adalah 64/128/256 GB dan dijual pada harga bermula $170 (~RM693) dan mencecah sehingga $399 (~RM1625). Jika anda berminat, ia sekarang sedang mengumpul dana melalui laman biayasama Indiegogo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd