Perkongsian fail Torrent amat bergantung kepada jumlah seed. Lebih banyak seed lebih pantas sesebuah fail dapat dimuat turun. Untuk fail baharu ini selalunya bukan masalah. Tetapi pada fail lama kadang kala muat turun tidak dapat dihabiskan kerana kurangnya jumlah seed. TRON yang mengambil alih BitTorrent minggu lalu mempunyai jalan penyelesaian kepada masalah ini.
TRON ingin memberikan ganjaran dalam bentuk kriptowang TRX kepada mereka yang berkongsi fail pada platform BitTorrent. Lebih lama perkongsian dilakukan, semakin banyak TRX akan diterima. TRON berharap ini akan memberikan insentif kepada pengguna untuk lebih rajin berkongsi selepas fail selesai dimuat turun.