Digi Menawarkan Internet Tanpa Had 12AM – 12PM Selama 61 Hari Bersempena Merdeka

Digi Menawarkan Internet Tanpa Had 12AM – 12PM Selama 61 Hari Bersempena Merdeka

Diterbitkan pada Ogos 2, 2018 oleh .

Bersempena dengan hari kemerdekaan ke-61, kini Digi hadir dengan tawaran khas untuk para pengguna mereka, dimana Digi menawarkan akses internet tanpa had daripada 12 tengah malam sehingga 12 tengah hari, setiap hari selama 61 hari bermula 1 Ogos 2018.

Digi Gemilang

Untuk menikmati tawaran ini, pengguna perlulah melanggan pakej pascabayar berharga RM38 dan ke atas, atau melanggan pakej Prabayar Internet bernilai RM38 dan ke atas, atau Prepaid Digi Home Broadband RM60 dan ke atas.

Pengguna Digi berkenaan akan diaktifkan dengan akses internet tanpa had ini secara automatik, dan boleh mengakses internet tanpa had ini sehingga 30 September 2018.

Digi juga mengehadkan yang mana pengguna tidak boleh menggunakannya untuk tujuan P2P dan juga tethering untuk akses internet percuma ini.

Baca : FAQ Digi #InternetGemilang


TIPS & ULASAN