Cari @ Amanz

Pemindahan siaran televisyen daripada analog ke digital sepatutnya diselesaikan pada 30 jun 2018 yang lepas. Walaubagaimanapun, hal berkenaan telah ditangguhkan sebelum ini, dan kini Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan yang mana ia ditangguhkan sehingga suku pertama 2019 kelak.

Ini bermakna, selepas Mac 2019 kelak, kita mungkin akan melihat penggunaan siaran digital sepenuhnya untuk saluran televisyen di Malaysia – sekaligus membolehkan gelombang 700MHz digunakan untuk tujuan telekomunikasi.

Dengan penangguhan ini, ia bukan sahaja akan memberi lebih masa kepada para pemilik syarikat siaran televisyen, tetapi turut membolehkan para pengguna bersedia dengan sokongan yang sepatutnya untuk menerima siaran TV secara digital.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd