Cari @ Amanz

Oppo F9 akan dilancarkan bulan ini dengan rekanan takuk titisan air yang lebih kecil berbanding yang digunakan selama ini. Oppo hari ini mengesahkan F9 bakal hadir dalam tiga pilihan warna cerun (gradient colour) iaitu sunrise red, twilight blue dan starry purple.

Warna cerun ialah trend baru tahun ini yang dipopularkan oleh Huawei P20 Pro menerusi model Twilight. Penggunaan warna yang berubah dari bahagian atas ke bawah memberikan keunikan di dalam pasaran yang dipenuhi peranti yang menggunakan warna yang sekata.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd