Rekaan Huawei Mate 20 Lite Tertiris Dengan Rekaan Skrin Bertakuk

Rekaan Huawei Mate 20 Lite Tertiris Dengan Rekaan Skrin Bertakuk

Diterbitkan pada Ogos 2, 2018 oleh .

Pelancaran Huawei Mate 20 mungkin akan dilakukan sekitar bulan Oktober seperti kebiasaannya. Ia besar kemungkinan adalah peranti pertama yang akan menggunakan cip Kirin 980 terkini keluaran Huawei. Rekaan Mate 20 Lite kini bukan lagi misteri selepas ia melepasi laman TENAA di China.

Ia mengekalkan rekaan dwi-kamera yang disusun menegak pada bahagian tengah peranti. Sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat pula terletak di bawah lensa kamera. Tidak mengejutkan ia menggunakan skrin memanjang bertakuk dengan susunan sensor, kamera dan gagang telinga  yang sama seperti P2o.

Kerana ia adalah model Lite, Mate 20 Lite ini mungkin akan menggunakan cip Kirin 710. Cip ini pertama kali digunakan pada Huawei Nova 3i yang dilancarkan di Malaysia pada bulan Julai.


TIPS & ULASAN